Wednesday, 2 May 2018

RAMADHAN 2018


 
 

Hi All.. Assalamualaikum wbt.
Wahh!!! dah nak masuk bulan Ramadhan tak berapa hari lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu semua umat Islam di seluruh dunia…betul tak?. tunggu sebab nak cari makan yang sedap-sedap atau nak tumpukan pada amal ibadat tu?.. hahahaha..of coz la semua orang tunggu nak beramal ibadat di bulan puasa ni kan sebab bulan Ramadhan adalah bulan yang berkah  dimana detik demi detik dalam bulan mulia ini mengandungi keutamaan dan makna. Manusia yang beruntung adalah manusia yang mengetahui dan memanfaatkan kebenaran Ramadhan secara optimal. Bulan Ramadhan adalah bulan yang berbeza antara bulan yang lain kerana bulan ini sahaja diwajibkan ke atas kita berpuasa penuh. you all cari ada ke bulan lain Allah mewajibkan kita berpuasa penuh?. Setahun sekali je you all…Hari hari bulan Ramadhan ni diisi dengan ibadah dan segala bentuk kebaikan menjadi bernilai ratusan kali lipat, sebuah kemuliaan yang diberikan oleh Tuhan Semesta Alam untuk umat islam. Susah nak dapat tu. Jadi, Jom kita meraikan bulan yang mulia ini dengan tawaduk, penuh kesyukuran, memperbaiki diri kita, tidak hanya dengan kata-kata akan tetapi dengan seluruh indra dan tingkah laku kita disamping menghayati dan merasai kesusahan orang-orang yang miskin didunia, orang-orang di Palestin dan Syria yang berada dalam peperangan tetapi tetap berpuasa hanya kerana Allah.

Bulan Ramadhan ni Kak Rose nak rehatkan diri dan minda but if you guys interested nak mengadakan aktiviti berbuka puasa dengan family, kawan-kawan sekolah, kawan sepejabat atau seUniversiti boleh mesej Kak Rose. Anytime, anyday in Ramadhan month but one week before Hari Raya, Kak Rose close booking. Semua orang nak beraya with family kan.. Kak rose pun sama. Bagi la chance.. hahaha..
 Anyways, Kak Rose nak promote pakej Ramadhan Rose Katering that you can eat as much as you want for a fixed price. Check it out the below package and our popular traditional kampong dishes.. JJ


 








 
 
 

No comments:

Post a Comment