PANDUAN WARNA
UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA
Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita kat blog yang tak seberapa ni. Kak Rose ucapkan selamat menempuh hari perkahwinan. Kak Rose hari ni rasa nak bagi idea /panduan sikit tentang warna majlis baju atau pelamin anda-anda semua.
Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita kat blog yang tak seberapa ni. Kak Rose ucapkan selamat menempuh hari perkahwinan. Kak Rose hari ni rasa nak bagi idea /panduan sikit tentang warna majlis baju atau pelamin anda-anda semua.
Pada pandangan Kak Rose the wedding colors are one of the first wedding décor decisions you need to make. Kak Rose tahu, bakal pengantin ni selalu hadapi masalah atau keliru dalam memilih tema warna untuk majlis you all kan. Alaaa.. relax la. Be cool. Kak Rose dulu pun camtu jugak. Debar-debar oiii.. rasa tak nak kahwin pulak. hahahhaa.. Ok, mula-mulanya, determine your wedding style. Why? jika satu warna saje digunakan untuk majlis anda, mungkin suasana akan kelihatan suram dan kurang berseri, betul tak? Sebaliknya jika anda menggabungkan beberapa jenis warna yang sesuai, majlis anda akan kelihatan lebih ceria dan meriah.
Choosing your colors is a big part of the planning process. Once you have your wedding colors, all the other stylistic decisions are easy.
Search through our wedding color combo below.
Hijau
- Memaparkan
suasana sejuk, ketenangan dan kesejahteraan
- Melambangkan
cinta yang sihat dan seimbang- Melambangkan kehidupan, pertumbuhan dan alam semulajadi
- Amat sesuai dan menyerlah jika hijau lembut digandingkan dengan rona krim atau putih..
Biru
- Melambangkan
kejujuran dan kemuliaan serta cinta yang tulus ikhlas
- Menunjukkan
perasaan kasih sayang- Warna sejuk yang melambangkan langit, air laut dan senja
- Menggambarkan ketenangan dan kelembutan hati seorang wanita
- Warna ini amat sesuai jika anda mengadakan majlis resepsi di tepi laut
- Warna biru juga amat cantik jika digandingkan dengan rona putih/krim
Merah
- Menunjukkan
cinta sejati dan kehangatan cinta yang abadi
- Melambangkan
keriangan dan memberi semangat yang membara- Bersifat romantik dan dramatik
- Dianggap sebagai warna yang agak menonjol dan ‘garang’, namun ia memberi tenaga positif kepada persekitaran
- Sifat garangnya akan berubah menjadi lembut jika merah digandingkan dengan rona putih/krim
Merah jambu
(pink)
- Warna yang paling
lembut untuk menunjukkan perasaan kasih sayang, keseronokan dan kegembiraan
- Dianggap
sebagai warna cinta sejati dan romantik- Melahirkan rasa untuk berkongsi tenaga, emosi dan perasaan
- Ramai yang menyukai warna ini disebabkan oleh sifatnya yang lembut
Putih
- Dikatakan
sebagai warna universal kerana boleh digandingkan dengan mana-mana warna yang
lain untuk membangkitkan seri serta daya tarikannya. Paling disukai ramai
- Melambangkan
cinta sejati- Melambangkan kesucian dan ketulusan hati
- Melambangkan kebersihan dan kelembutan
- Cantik dan menarik jika ia digandingkan dengan warna hitam
Kuning
- Warna yang
melambangkan sifat optimistik dan ceria
- Ia juga
menunjukkan perasaan gembira dan bahagia- Mempunyai tenaga yang tinggi; justeru dapat menceriakan dan menyerikan suasana
Jingga
- Penuh
bersemangat dan bertenaga, dan komited terhadap kehidupan
- Melambangkan
kehangatan cinta- Warnanya yang agak terang boleh dikurangkan dengan menggabungkannya dengan warna putih/krim
Ungu
- Melambangkan
sifat keayuan, keindahan dan kemegahan
- Warna yang
segar, bersemangat dan bertenaga tinggi- Melambangkan kewanitaan dan sifat keibuan
- Menunjukkan sikap yang positif dan mendamaikan
- Glamor dan penuh daya tarikan
Hitam
- Melambangkan
sifat yang sofistikated dan dramatik
- Penuh
misteri dan ketegasan- Menyerlahkan sifat anggun dan elegen
- Lazimnya akan digandingkan dengan warna pasangannya – putih atau krim
Maksud atau lambang warna-warna di atas hanyalah sebagai
panduan semata-mata. Yang paling penting, warna yang dipilih adalah warna yang
berkenan di hati dan sesuai dengan majlis.
Satu lagi,
anda kena ingat bahawa warna mempengaruhi banyak elemen di dalam sesuatu majlis
itu misalnya warna pelamin, barang hantaran, pakaian pengantin, kad kahwin dan
banyak lagi. Jadi, anda boleh ambil masa untuk berfikir, buat research and choose wisely….!…:-)
No comments:
Post a Comment