Salam and Hi semua.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaan Allah, tetiba kak rose rasa macam nak menulis je minggu ni. Padahal banyak kerja kak rose minggu ni. hari minggu memang padat dengan event kawen. Kira macam kak rose ni 'hot stuff' jugak la dikalangan catering ni. Tapi sebelum tu jom kita minum rosebud dulu. Buang toksik dalam badan..(*__*). Kita santai-santai sembang caucincau gitu.
Ok, this time I
would like to story about Friendship. Don't know where to start
but I love to make friend. I know mesti semua goes like :- alaaa.. kawan
je pun.. haha.. hemm.. Actually sahabat ni penting dalam kehidupan kita. Nowadays,
bukan senang tau nak cari sahabat-sahabat seperti zaman Nabi kita Nabi Muhammad
SAW seperti Abu Bakar As-Sidiq, Saidina Umar al-Khatab.
Salah satu amalan
paling mudah semoga Allah permudahkan rezeki dan panjangkan umur kita adalah
menghubungkan tali silaturahim. Perkara ini dijelaskan daripada Anas bin Malik
bahawa, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Sesiapa yang
ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah
dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)." (Hadis riwayat
Bukhari)
Silaturahim
adalah suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa
menjaganya. Malah, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak
mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
Jalinan silaturahim amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Ia disebabkan ukhuwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.
Jalinan silaturahim amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Ia disebabkan ukhuwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.
One of the most beautiful qualities of true
friendship is to understand and to be understood. Kak rose takde la ramai kawan
sangat tapi percayalah bila kita mula mempercayai, menghargai erti
persahabatan, Allah akan kurniakan ramai sahabat-sahabat yang baik. Tapi kadangkala
ada juga sahabat yang suka ambil kesempatan, hasad dengki, itu kak rose tak
nafikan. Terserah lah pada siri masing- masing. Setiap perbuatan yang kita
lakukan pada seseorang sahabat akan dibalas kebaikan atau keburukan oleh Allah
SWT.
Justeru itu, jangan
lah sesekali menyakiti atau menikam belakang sahabat kita sendiri kerana dalam
apapun keadaan kita, seorang sahabat tidak akan pernah ada niat untuk
meninggalkan kita. Tujuan kita bersahabat
adalah kerana Allah s.w.t dan bukan menyayangi kita kerana kepentingan dirinya
semata-mata. Andai kita jatuh sekalipun dia
sentiasa ada untuk membangunkan kita kembali pada bila-bila masa dengan
ikhlas.
Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi
Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah.”
(Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi
Syaibah, dan Ibn. Nasr)
Sesungguhnya begitulah pentingnya kita menjaga persahabatan dan begitu buruk kesannya jika memutuskan persahabatan itu. Jagalah hubungan dengan sahabat baik dan niat bersahabat kerana Allah s.w.t
Terdapat beberapa ciri yang patut ada dalam persahabatan. Antaranya ialah:
- Saling mengingatkan kepada Allah SWT.
- Sentiasa kelihatan ceria dan menyenangkan.
- Menyokong dan sentiasa memberi semangat
antara satu sama lain.
- Menjaga
rahsia dengan baik
- Sentiasa ada waktu untuk kita
![]() |
Antara sahabat yang senantiasa bersama kak rose. :)- Wallahualam. Rose Katering |
Do visit us at https://www.facebook.com/rosekatering/
Http://www.wasap.my/60125545452 Http://www.wasap.my/60182351184
https://www.instagram.com/rosekatering http://rosekatering.com
Http://www.wasap.my/60125545452 Http://www.wasap.my/60182351184
https://www.instagram.com/rosekatering http://rosekatering.com
No comments:
Post a Comment